
JALUR LANGIT
TERAPI GUNUNG JALUR LANGIT
● Pusat magnet dunia
● Cungkil potensi jalur leluhur
● Perhimpunan besar jalur leluhur
● Menyedut tenaga gunung
Lokasi : GUNUNG LEDANG
06 -08 FEB 2026 ( 3 hari )
Kos : RM350
Kami ingin mengajak anda bersuluk 3 hari 2 malam keluar dari kebisingan kota kepada hingaran cicada dan deruan air terjun dari gunung serta udara yang bersih dan suasana yang nyaman.

Pusat Magnet Dunia
Gunung Ledang dipanggil hujung medini. Merupakan anak benua yang terhubung dengan satu jaluran pergunungan dan banjaran yang bersambung sehingga ke Banjaran Himalaya di pusat tertinggi dunia. Ia mempunyai tenaga tersimpan yang sangat tinggi jika kita tahu mengolah dan menggunakannya untuk kebaikan diri kita secara zahir mahupun batin.

Cungkil Potensi Jalur Leluhur
Pernahkan anda terfikir dari manakah susur jalur keturunan anda, ataupun anda antara orang yang minat dalam pencarian tentang asal usul leluhur yang masih belum ketemukan puncanya. Jika anda belum pasti dari jalur manakah anda walaupun sebelum ini anda pernah dibukakan tentang leluhur, maka anda mungkin dapat sesuatu yang berbeza dari program ini menjadi jalan pintas dalam kepada pencarian anda. Kami mengajak anda mencungkil potensi diri anda dan mendapatkan keterkaitan dengan jalur anda. Bagi yang belum berpuas hati dengan kehidupan sekarang, mari kita cungkil bakat dan tujuan anda serta apakah tugasan yang telah anda meterai sebelum lahir ke dunia. Anda akan dibawa ke satu zaman kegemilangan leluhur anda atau mengenalpasti sumpahan atau sekatan yang leluhur anda lalui untuk dilihat dan direnungi di mana puncanya dan sebabnya.

Perhimpunan Besar Jalur Leluhur
Inilah perhimpunan leluhur yang besar yang bakal diadakan di suatu tapak lagenda bagi menyambung keturunan berjalur tanda di zaman baru. Pertemuan silang pelbagai keturunan dari ceruk rantau jalur gunung, jalur darat, jalur sungai serta jalur laut yang asalnya adalah semuanya dari jalur langit jua. Bagi menyambungkan jalur langit melalui perjalanan gunung untuk mengambil kembali perjanjian lama, mercu tanda kehebatan, melepaskan sumpahan lama sejak turunnya dari langit ke bumi dari permulaaannya, pertengahannya atau pun dihujungnya dari nenek moyang hingga kepada zaman anda sekarang. Asal tempat turun jalur langit dipuncak Gunung Himalaya atau Kailash dan perjalanan beribu tahun telah membawa anda dan leluhur anda ke sini hingga ke hujung benua, di timur tanah timur yang penuh sumber penghidupan dan kekayaan alam dan fauna bukan sekadar sumber buminya yang kaya dengan emas dan permata sehingga dikatakan ia Gunung Permata dalam bahasa asingnya Mount Ophir. Di sinilah dikumpulkan susur galur segala bangsa yang diberi nama Melayu yang merupakan bangsa langit atau pun jika anda mampu mencapainya sehingga memahami semuanya ini adalah bangsa Tuhan.

Menyedut Tenaga Gunung
Program bersuluk jiwa yang dipanggil Ratapan Naluri Ketuhanan akan mengajak jiwa dan jasad anda pergi ke satu tahap mengenal diri dan penyatuan dengan alam ruh yang dibimbing oleh mereka yang ahli dalam keilmuan tajali dan makrifat ketuhanan. Merupakan anak murid Tuan Hj Pak Mat Kari, dari Madrasah di Kuala Linggi.
