
JALUR LANGIT
Ledang, atau dalam bahasa Jawa bermaksud Jauh. Apakah disebalik kejauhan itu yang menjadi tanda tanya. Adakah kerana jaraknya dari Pulau Jawa itu dikatakan jauh? Siapakah yang mengatakan ia jauh, adakah orang dari daerah
serantau atau dari luar benua ini? Kenapa pula ia dikatakan jauh, kalau tiada sesuatu tujuan yang penting dan utama yang perlu ke tempat itu?
Jadi, apakah tujuan sebenarnya?
Di sinilah kita akan menelusuri Rahsia Ledang ini dari program ini yang julung-julung kalinya diadakan di sini, di tempat asal leluhur besar dunia bermula dan bertapak di sini. Mereka adalah ibu peradaban dunia di Pentas Sunda. Mengapa
perkara ini disembunyikan oleh pakar sejarah dan apakah buktinya semuanya bermula di sini? Apakah benar jika yang dikatakan tempat yang jauh itu ada kaitannya dengan suatu perjalanan bangsa ke Tanah Perjanjian, tanah yang dijanjikan? Atau
kenapakah adanya yang mengatakan di sini tempatnya Nabi Sulaiman, di mana ada emasnya, ada Semenanjung Emasnya, ada _Mount Ophir_nya? Apakah rahsianya akan terbongkar dengan pembongkaran dari sudut bahasa?
Dari mana datangnya perkataan Sagil itu?
Apa pula kaitannya dengan Sagil atau Sigil? Adakah ini suratan atau kebetulan? Sekadar memberikan nama tempat yang tiada kaitan apa-apa pun. Percayakah jika dikatakan Sigil of Solomon itu adalah Cincin Nabi Sulaiman? Jadi,
jika ingin menafikannya, bagaimanakah kita, selama ini tertutup dari kebenaran yang terang dan jelas ini?
Apa pula maksud Ophir itu? Adakah diubah kepada ‘omphir’ atau ‘Gomphir’ menjadi ‘Gambir’? Adakah Ophir itu dari perkataan gambir lada hitam yang banyak ditanam dibumi ini? Atau ada rahsia yang lebih rahsia dari mana asal nama Ophir
itu? Kenapa sebuah gunung dipanggil gambir, jika tiada ladang gambir setinggi gunung itu?
Mereka yang tinggal disekitanya amat kenal dengan Bukit Gambir, Muar, Johor. Johor itu pula dikatakan nama asalnya Jauhar dalam tulisan jawi. Kenapakah dikaitkan dengan jauhari? Adakah rahsia itu hanya mampu dibongkar dek kerana
‘hanya jauhari sahaja yang mengenal maknikam’? Begitu banyak rahsia yang masih belum tersingkap, masih banyak rahsia sebesar gunung masih tertutup. Bersediakah kita untuk menerimanya? Inilah yang bakal kami sajikan disepanjang
program Terapi Gunung, Jalur Langit kali ini. Ledang kubu terakhir yang masih bertahan? Kita sambung penceritaan ini bersama di sana nanti.
